Sunday, May 11, 2008

Salam Perjuangan !!!

Dilema-Melayu! Mengapa Melayu hari ini dalam dilema. Benarkah Melayu hari ini berada dalam dilema. Siapa yang menyebabkan Melayu berada dalam dilema dan siapa pula insan yang boleh menyelesaikan dilema Melayu hari ini.

Tujuan aku, orang biasa dalam masyarakat Melayu hari ini adalah untuk melihat dilema yang dihadapi Melayu hari ini secara peribadi dan matang. Aku mahu melihat Melayu bebas dari dilema.... tetapi mana mungkin perkara ini akan menjadi kenyataan.

Penulisan aku tidak mampu menyelesaikan segala masalah yang berlaku, Namun sekadar untuk menjadi ingatan untuk meletakkan kepentingan Melayu dan Islam melebihi segala-galanya.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang ........

1 comment:

qalamberbisa said...

salam,

melayu dalam dilema kerana melayu dah mula hilang arah..melayu dah mula lemah kerana melayu dah mudah lupa sejarah..

renung2kan bersama
-adios amigos-