Friday, May 23, 2008

Isu Tun Mahathir..apa kesudahannya??

Seminggu hampir isu ini diperbincangkan. Terlalu banyak komentar, terlalu banyak pandangan malah bantahan. Serasa semua jelas dengan apa yang diputuskan oleh Tun. Itulah karakter Tun, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Pak Lah.

Sebagai ahli Umno, sewajarnya kita menerima ini sebagai dugaan yang besar kepada parti kita. Beliau bukan calang-calang pemimpin. Seluruh dunia mengenalinya, corak pemerintahannya, gayanya, pemikirannya, malahan telah banyak yang dilakukan oleh Tun.

Apakah kita layak untuk mengadili segala keputusan Tun. Bagaimana dengan situasi kita sekarang?? Bagaimana Melayu seterusnya?? Bagaimana kita nanti akan datang?? Cuma sebagai generasi Melayu yang sayangkan bangsanya jangan kita terlalu cepat melatah, jangan cepat terperdaya dengan pelbagai dakyah..dengan onar yang mungkin akan menular di kalangan kita.

Adalah sewajarnya jika sekarang kita pergunakan masa yang ada sebaik-baiknya untuk bersatu dan kuatkan parti, kerana UMNO lah parti yang berjuang untuk orang melayu....

No comments: